Sunday 29 September 2013

Japan Tour Part 2: Osaka Day 1

Kami bangun seawal 4.45 pagi, sebab sesuai dgn namanya negara matahari terbit, subuh kat Osaka ni masuk 4.15 pagi. So klu pukul 5.30 tu dah nak terang dah. Hari pertama, mcm ambik masa sket nak adapt waktu diorg. Btw, jam mereka awal sejam je drp jam di Malaysia. 

Pemandangan dari bilik hotel. Nampak tak kat blkg tu kawasan pergunungan
Kami breakfast maggi je. Mmg dh plan akan jadik maggivor sepanjang 6 hari ini. Sempat gak prepare roti dgn sambal ikan bilis utk buat bekal lunch nanti. Turun je kat lobi, aku cuba tanya staf kat kaunter tu pasal Osaka, dia blur2 sikit nak jwb tapi dia bg jugak la map utk JR kat Osaka. 

Plan kami hari ni ialah utk beli Osaka Unlimited Pass. Harga dia klu sehari 2000 yen, dan 2700 yen utk 2 hari. Dgn adanya pass ni, kita blh naik subway utk ke mana2 tmpt dlm Osaka secara percuma dan kita jugak blh pegi ke 28 tempat menarik secara percuma. Pass ni ada dijual kat beberapa tempat tapi kami plan pegi ke Tennoji. So, dari stesyen Hineno tu kami naik JR ke Tennoji. Lama jugak nk sampai Tennoji ni so smpt gak la snap2 pic pemandangan kat luar tu. Yg pasti sepanjang perjalanan tu jumpe 2-3 Aeon a.k.a Jusco.

Rumah tengah bandar pun tanam padi ok
Sampai kat stesyen Tennoji, mcm blur kejap nk pegi mana. So, ape lagi. Nampak nihon-jin je aku pun terus ckp "Sumimasen".. haha. Sumimasen ni mcm excuse me la. Dari exit JR tu kami belok kanan, lalu dlm shopping complex nama MIO pastu smp Central Gate. Area Central Gate tu ada Tourism Centre. Kat situ la kita blh beli Osaka Unlimited Pass ni. Jgn risau, sbb org kat kaunter tu pandai jugak ckp English. Yg agak sedihnya dia mention hari yg kedua tu ade bnyk tempat tutup. Tak sure ada cuti apa. Kami beli yg utk 2 hari sbb bagi aku alang2 je 700 yen tu. Naik subway klu 2-3 station dh lebih 700 yen.

Ni la yg kita akan dpt dgn 2700 yen tu

Map subway yg bg aku sgt2 berguna. Dlm map ni pun ada bg tau stesyen mana yg dkt dgn attraction2 tu
Tmpt pertama yg kami nak pegi ialah Osaka Castle sbb aku tgk hari esok castle tu tutup. So dr tourism centre tu jln sikit dah nampak stesyen subway Tennoji. Klu nk ke Osaka Castle ni, kena naik subway dr line Tanimachi (kaler purple) sampai la ke stesyen Tanimachi 4-chome (4 tu dia sebut yon tau, bukan four). So dr sini, kena tukar train dr line purple ke line Chuo (kaler hijau). Satu stesyen je naik pastu turun ke Morinomiya. Naik subway ni disamping ade announcement dlm english next station dia ape, dia ade jugak cam LED kat atas pintu dia yg tulis ni stesyen ape, next stesyen ape. Dan kat stesyen tu sendiri ade tulis nama stesyen serta nama stesyen sblm dan slps.

Ada signboard utk ke Osaka Castle
Smp je kat Morinomiya station, ada signboard besar tulis Osaka Castle. So mmg x sesat la. Tapi nak exit mcm kat pic yg atas tu, bnyknye mata tangga kena daki. Huhu.

Pintu masuk ke stesyen subway Morinomiya
Sampai je atas, ada map keseluruhan kawasan Osaka Castle ni.

Amik je gamba, tp tak jadikan guide pun
Masa smp tu, hari gelap je. Tgk mcm ok la sbb redup je nak berjalan. Baru je separuh jln, hujan turun dgn lebatnya. Maybe nk menyambut kami kot haha. Masa tu nyesal x beli siap2 raincoat pakai buang watson tu.

Perjalanan nak smp ke Osaka Castle itu sgt la mencabar. Dgn hujan, dgn jauh gila nak menapak. Dgn bujang kecik aku yg tak larat nak jln jauh. Gagahkan jugak smp la ke satu tmpt tu dh blh nmpk castle tu dr jauh. Ada pokok besar utk berteduh. Kami lepak situ sambil mkn roti dgn sambal ikan bilis. Bila hujan dah reda sikit, kami menapak lagi sampai la ke castle tu. Kawasan ni klu pegi time musim bunga sakura mmg cantik la. 

Kat luar kawasan castle tu ada la kedai jual aiskrim dan makanan. Tgk je la takoyaki yg dorg masak. Osaka mmg famous dgn takoyaki. Tapi plg aku tak tahan ialah bau sotong yg dibakar ni. huhu


Sebelah kedai jual makanan ni ade mcm satu dojo kot. Diorg ade tournament kendo. Best gak tgk dorg lawan. Pompuan pun main kendo ni ye. Kagum2

Tgh lawan la ni. Best tul tgk
Org mesia yg jakun nk amik gambo dgn peserta kendo huhu
Lupe jap tujuan ke sini, so kami pun siap2 nk masuk ke Osaka Castle. Sblm smp ke castle tu, ade satu bangunan ape tah. Style gak. Mcm universiti lama2.


So inilah dia Osaka Castle. Sgt semat bagi aku. Bahagian dlm dia adalah muzium yg mana ada 2-3 floor yg tak dibenarkan utk ambik gambar. Nak masuk kt dlm castle ni, gunakan tiket yg dpt masa beli osaka unlimited pass tu dan koyakkan yg ade tulis Osaka Castle. Time kat kaunter tu kita kena tunjuk sekali pass subway tu br blh guna.

Time ni mintak tlg tourist dr German amikkan gambar
Kat tingkat atas sekali, kita blh tgk keseluruhan bandar Osaka. Sgt cantik view dr sini.

Hep 5 punya Ferris Wheel yg kami tak pegi. Nmpk dr jauh je
Abis dah tgk Osaka Castle, so menapak semula ke stesyen subway Morinomiya. Hujan dah berenti, skrg muncul lak isu kedua. Time ni adalah natsu or summer kat Japan. So mmg panas kat sini. Kiranya klu sebulan aku menapak jejauh dlm cuaca yg panas ni mmg aku blh kurus haha. Yg bestnya, org dia aku tgk takde la berpeluh beria. Haha.

Next stop, kami nak pegi area bay iaitu Tempozan sbb kat Tempozan ni ada ferris wheel yg katanya antara ferris wheel terbesar kat dunia. So, klu nk pegi Tempozan ni kena naik subway dr Morinomiya dan turun kat stesyen Osakako.


Kat sini kita blh gunakan dua tiket drp pass yg kita dpt tu. Satu naik ferris wheel dan satu lagi cruise ship Santa Maria. So kitorg fikir naik la ferris wheel ni dulu. 

Tiket nak naik ferris wheel ni

Pintu masuk dia
Memula naik tu mcm rasa biasa je. Sbb dia gerak perlahan je kan. Tapi bila dia smp kat atas tu. Adui. Mcm x sabar nak tunggu dia turun bwh. Gayat betul aku. Yg bestnya, anak aku si Ayish ni leh ckp dgn kami, jgn la takut. Ayish tak takut pun. Huhu.

Bersebelahan dgn ferris wheel ni ade Osaka Aquarium Kaiyukan. Tempat ni ala-ala Aquaria la cuma bg aku cam malas nk abiskan satu hari pegi sini. Huhu alasan je tu. Padahal tak nak byr tiket masuk 2300 yen. Haha.



Tak dpt masuk takpe la. Amik je la gamba kat dpn dia
Lepas tu ingat nak naik la Cruise Ship tu, amatlah malang sbb time kami sampai situ jam dah pukul 5.10. Dia nye trip yg last pukul 5.00 ptg. So duduk je la tepi port tu tgk kapal tu pusing2 dan turunkan org. Sambil mkn maggi cup sob sob


Kat area ni gak ada Tempozan Marketplace. So klu nk carik souvenir or kedai2 toys ada a few kedai kat sini yg ade jual toys serta gashapon machine. Tgk je la sbb rege brg2 dia mcm mahal sikit. Dlm marketplace ni kami pegi kedai 100 yen dia. Ala2 mcm kedai 2 ringgit la cuma brg dia lg kualiti.


Hari pun senja, walaupun jam baru pukul 6 lebih. Aku bygkan kami ni mcm kat Sabah la haha. Jalan2 la area Tempozan tu kejap sambil peratikan ada couple atuk n nenek tgh bg makanan kat kucing liar yg bnyk. Pastu blk singgah 7-Eleven beli jus Epal (almost tiap2 hari beli haha). 

Harini mcm sgt penat sbb maybe siang tadi menapak jauh kat Osaka Castle tu. So mlm ni takde apa2 aktiviti, plan blk ke hotel kat Hineno, dinner dan tido. Btw, kami bwk nasi goreng kampung segera Brahim's. Sgt mudah nk masak. Rendam dlm air panas selama 10 minit then dh boleh mkn. Ok sikit la mkn ni. Kenyang. Ingat nk tido, tp memandangkan dlm bilik kami yg tingkat dia mcm tinggi sgt tu wifi pun x smp ke bilik, pas mkn, kitorg duduk je kat lobi dan guna wifi kat situ. Ada gak pc utk digunakan tp aku browse sume kuar tulisan jepun. Haha. Mlm tu browse2 utk esok nye trip lak.

11 comments:

  1. Baca ni rasa rindu suasana di sana. Bila 2-2 dah kje kembali, in sha Allah kita sambung trip yg lain ye. Amin

    ReplyDelete
  2. rindu jugak :). aku suka akuarium tu. design dalam sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh beshnye hang masuk. X sempat nk masuk. Kna g sini awal2

      Delete
  3. Bila la agaknya angah dapat pergi..

    ReplyDelete
  4. Bole angah. Skg tix return dlm 6ratus lebih. Lgpun skg xyah visa :)

    ReplyDelete
  5. nape x letak view dr wheel? huhu

    ReplyDelete
  6. sotong bakar tu bau sedap kan??? menggoda betul.
    kat sini aku keluarkan termos aku, rendam meggi sementara dorang membeli makanan

    ReplyDelete
  7. cantiknya pemandangan rumah dikelilingi padi tu..

    done follow G+
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete